ANAK BUKAN ALASAN ELAK SEKS

Awal perkahwinan memang membahagiakan. Inilah yang dikatakan tempoh bulan madu. Namun sebaik dikurniakan cahaya mata tempoh bulan madu ini tamat. Apa tidaknya ramai pasangan tidak berkesempatan yang mengadakan acara romantis atas alasan kehadiran anak.


     Begitu jugalah dengan aktiviti seks. Makin hari makin kurang kesampaian di suatu tahap, hubungan seks pun sekadar mencukupkan syarat perkahwinan sahaja. Hakikatnya, menjadi ibu atau bapa bukanlah penamat sesebuah hubungan asmara.

     Andainya anda terlalu memberi tumpuan kepada anak-anak sehingga mengabaikan tanggujawab kepada pasangan, tidak mustahil keinginan seks bukan lagi satu keutamaan. Jadi bagaimanakah caranya untuk mengembalikan saat-saat indah ketika berdua dahulu.

Jadikan kejadian lucu sebagai humor rumah tangga.

     Memetik kata-kata Dr Sandra Leiblum selaku penolong pengarah di Dr Robert Wood Johnson Medical School, pasangan yang tidak bersentuhan dan bermanja-manja sebenarnya berhadapan dengan satu masalah yang besar.

     Bagaimanapun, mereka dikira berjaya apabila mampu mengimbangi kesemuanya tanggujawab dalam rumah tangga serta kerjaya. Oleh itu, cuba ingat kembali insiden-insiden melucukan dalam perkahwinan anda untuk dijadikan sebagai cerita-cerita jenaka.

     Ini kerana, apabila anda menganggap hidup ini terlalu serius maka setiap kejadian akan menjadi sangat pengting. Jadinya, gabungan penyesuai dan perancangan yang terperinci adalah kunci utama untuk mengekalkan jalinan asmara pasangan.

Cari masa untuk memadu asmara.

     Cuba ciptakan satu keadaan di mana anda mampu duduk berdua-duan dengan pasangan. Takkan hanya mahu memberi tumpuan sepenuh masa kepada kerjaya dan peranan sebagai ibu dan bapa sahaja. Tak mustahil anda akan hilang apa yang pernah anda miliki sebelum ini.

     Mungkin sekali dalam seminggu boleh diaturkan secara makan malam berdua di tempat-tempat yang pernah menjadi kenangan buat anda dan pasangan. Ciptakan suasana yang romantik untuk menarik kembali perhatian si dia sebelum adegen di sebelah malam berlangsung.

Tanamkan perasaan bangga pada diri sendiri.

     Wanita cukup sensitif apabila dikatakan tidak cantik atau tidak lagi menawan. Maklum sajalah, sudah beranak tiga jadi banyaklah bahagian perlu dibaiki semula. Sepatutnya ini semua tidak berlaku kerana Allah menciptakan setiap hamba-nya dengan kejadian yang sempurna. Ada kerlebihan dan keistimewan masing-masing.

     Untuk itu, cuba teliti dan kenali semula diri anda dari hujung rambut hingga hujung kaki. Cuba cari sedikit masa untuk kembalikan bentuk badan ke saiz sebelumnya. Jangan jadikan kesibukan mengurus anak-anak sebagai alasan untuk anda hilang kecantikan.

     Percayalah, apabila anda memperolehi keyakinan dan memberi lebih perhatian terhadap diri sendiri maka tidak mustahil anda boleh mendapat banyak tenaga untuk beraksi dengan pasangan di sebelah malamnya.

Buang kebimbangan dengan mencipta kelainan.

     Kaum wanita sangat memengtingkan kualiti ketika mengadakan hubungan seksual berbanding lelaki yang mengutamakan kuantiti. Sekalipun kurang berpuas hati dengan bentuk tubuh atau kulit wajah yang kusam, anda pastinya tertanya-tanya mengenai keinginan seks yang menurun atau sebaliknya.

     Berdasarkan kajian, dikatakan hubungan seksual sangat menggalakan ketika berada di awal perkahwinan dan kemudianya berkurangan setelah dikurniakan cahaya mata. Semua ini mungkin disebabkan oleh perasaan bosan kerana telah hidup bersama sejak bertahun-tahun lamanya. 

     Jadi, carilah kelainan dan fikirkan sesuatu yang kretif untuk menggembalikan "kegemilangan" hubungan. Mungkin sedikit kejutan yang membuatkan pasangan gembira untuk bersama. :-

~  buat sambil-sambil mahu tidur ~ 
hehehe

just klip 

 http://sakurapadangpasir121.blogspot.com/


~SJ~