BAHAYA AMAL MAKAN UBAT SAKIT KEPALA.



     Seakan menjadi perkara yang perlu dilakukan, anda akan mengambil ubat-ubatan untuk meredakan sakit kepala. Meskipun ubat sakit kepala seperti asspirin atau ibuprofen didapati berkesan untuk menghilangkan sakit kepala tetapi menurut kajian, ketiga-tiga jenis ubat ini akan menyebabkan sakit kepala lebih buruk jika sering diambil.

     NICE (National Institute For Health and Clinical Excellence), iaitu sebuah orginasasi yang mengawal kesihatan di London mengatakan bahawa mengambil ubat pereda sakit kepala secara kerap akan membuatkan otak lebih sensitif terhadap rasa sakit, seterusnya menyebabkan penghidapnya lebih rentan terhadap sakit kepala.

     Profesor Martin Underwood, penyelidik di Warwick Medical School, United Kindom berkata mereka mempunyai pengubatan yang efektif untuk jenis sakit kepala yang biasa. "Pesakit yang kerap mengeluh sakit kepala pasti akan mengambil ubat pereda sakit kepala, dan demikian seterusnya. Sebenarnya, sakit kepala yang mereka rasakan akan menjadi semakin buruk".

     Penemuan  Profesor Martin dan Dr.Gillian Leng, ketua eksekutif NICE juga mendapati bahawa terlalu ramai pesakit yang tidak diberikan diagnosis yang benar dan tepat tentang keadaan mereka. Mereka hanya diberi ubat penahan sakit dan mengamalnya setiap kali sakit timbul. Semakin lama, sakit kepala semakin buruk sehingga mereka merasakan ubat yang diambil tidak lagi sesuai.

~SJ~

Related Posts:

  • LIVE TV Tab @ Hp. Assalamualaikum semua, Disini saya sertakan link untuk menonton  live tv di tab,menggunakan browsher chrome. Syfy Ci FoxCrime StarWorld Hd ~ SJ ~ … Read More
  • Auto Play CoC.mybot.run. MYBOT.RUN New Version Released, fixes troop and spell  training & donation. Check out the release  thread for change log and  download link! Click here to download! Version 5.3.2 .:. The o… Read More
  • Ghostbusters 2016.CAM Ghostbusters 2016.CAM Following a ghost invasion of Manhattan,  paranormal enthusiasts Erin Gilbert and Abby Yates,  nuclear engineer Jillian Holtzmann,  and subway worker Patty Tolan band tog… Read More
  • Poland vs Portugal live stream Read More
  • TV Hitam & Putih Barang lama ( antik ). Tv Model "SHARP" 1 PCS  Tv hitam dan putih, Model era Tahun 1977  Body berwana merah belum servis. Mahu dilelong atau Jual  Kepada Sesiapa berminat, Atau kepada peminat bar… Read More