KENAPA SAKIT KEPALA SELEPAS MENANGIS?




    Menangis merupakan salah satu cara luahan perasaan terhadap masalah yang dihadapi. Biasanya, selepas menangis, sedikit sebanyak perasaan menjadi lega dan kembali tenang. walaupun perasaan kembali tenang, kita tidak dapat mengelakkan diri daripada berasa sakit kepala.




     Jangan bimbang jika anda mengalami hal sebegitu. Ini kerana, penyebab utama berasa sakit kepala setelah menangis adalah disebabkan faktor dehidrasi. Selain itu, Apabila menangis air mata yang dikeluarkan membuat otot di sekitar kepala dan leher menjadi lebih tegang, lebih-lebih lagi apabila menangis dalam waktu yang lama.


     Sebenarnya, ia bukan sahaja menimbulkan rasa kurang selesa di bahagian kepala tetapi bagi yang mengidap sinus, menangis terlalu lama akan menggangu dan mempengaruhi penyakit sinus yang dihadapi, seterusnya boleh menyebabkan sakit kepala yang berpanjangan.




     Ketika menangis, udara akan cenderung masuk kedalam mulut kerana hidung sudah tersumbat dengan lendir, Mulut akan menjadi kering dan tubuh akan mengalami dehidrasi  akibat daripada air yang keluar melalui hidung dan mata. Keadaan dehidrasi ini kemudianya mempengaruhi kedaan otot yang menjadi tegang. Tekanan darah pula akan turun naik petanda tidak sihat.



     Jika anda sering mengalaminya, anda tidak perlu bimbang, minum air putih dengan segera banyak, secara perlahan-lahan Namun, jika keadaan tersebut masih tidak pulih, ambillah ubat sakit kepala atau cuba mandi agar dapat membuat otot-otot disekitar bahu kembali rileks.


~ SJ ~