BAU MULUT JEJASKAN SEKS


Bau mulut yang tak sedap memang mempengaruhi aktiviti seks suami isteri,tetapi yang tak kalah merbahanya adalah perangai mulut longkang setiap pasangan yang bukan sahaja menjejaskan hubungan kemesraan bahkan boleh menjadi punca malapetaka yang lebih dasyat lagi.Kerana mulut badan binasa.

Ramai yang menyangka wanita saja hebat berkata-kata untuk menaklukkan  lelaki,tetapi ramai juga lelaki yang mempunyai keahlian tak kalah hebat dalam memanipulasi kata-kata untuk menyerang para isteri.Kalau perangai ''mulut longkang'' ini dibiarkan tak terkawal tentunya hati pasangan akan tercalar dan menumbuhkan benih kebencian. Elok jika suami dan isteri saling bermuhasabah diri mengenal karakter mulut longkang yang merbahaya ini. Boleh jadi anda belum terkena penyakit tersebut buat ketika ini, manalah tahu akan datang kejahatan itu menjagkiti diri anda dan pasangan. Eloklah bersedia mengawal diri dan mengenal ciri-ciri mulut longkang ini.

Merungut

   Setelah tanggungjawab bertambah berat, suami isteri mula merasai bahangnya tekanan berumahtangga. Satu persatu kelemahan diri terungkai, kemesraan itu lama kelamaan surut diterjah gelombang stres. Masing-masing mula fikirkan ego sendiri dan tak pedulikan perasaan pasangan. Rungutan demi rungutan dilontarkan tanpa segan silu lagi demi melampiaskan emosi jiwa yang tak puas hati kepada segala-galanya yang dialami setiap hari. Sifat pemaaf semakin terhakis, benda-benda  remeh boleh jadi besar dan menjadi punca pertelingkahan. Takkanlah lihat rumah bersepah setelah ditinggalkan kemas, seorang isteri lalu berleter tak henti-henti menyalahkan suami. Kalu isteri yang berkerja mesti rungutan itu lebih ketara kerana dia merasa telah bersusah payah  bantu suami dari segi kewangan.

   Ada pula suami yang suka menrungut kerana isteri tak berkerja, suami fikir jika sudah bayar nafkah kepada isteri maka bebaslah ia merungut, membebel, mengutuk, menghina isterinya yang tidak berkerja itu. Apabila perbuatan sebegini diamalkan sepanjang usia perkahwinan boleh jadi api yang kecil lama-lama menjadi besar dan tidak mustahil ranaplah rumahtangga yang dibina.

Membanding-banding

   Perangai mulut longkang yang kedua pula tak kalah bahanyanya. Sikap keterbukaan memang baik untuk setiap hubungan, tetapi adakalanya  terlalu bebas meluahkan rasa pun boleh membawa padah. Dalam menyampaikan perasaan anda hendaklah bersikap adil, jangan melebihkan diri sendiri daripada pasangan. Elok fikirkan kesan akibat perkataan anda dahulu sebelum memutuskan untuk berkata-kata. Misalnya, suka membanding-bandingkan pasangan dengan orang lain yang anda rasa sempurna. Suami suka berkata. ''Tengoklah isteri jiran yang begini begitu, kawan-kawan wanita di pejabat yang hebat-hebat belaka, awak pula tak ada kelaslah dibandingkan mereka.'' Kalaupun nak membagi nasihat cubalah buat dengan dengan ikhlas supaya isteri betul-betul termotivasi untuk berubah, tetapi jika caranya silap bukan perubahan yang dibuat isteri malah mungkin dia semakin keras kepala. Siapa pun tak sudi dihina dengan cara begitu, suami pun tak mahu jika isteri bercerita tentang kehebatan lelaki lain bukan?

Menuduh

   Perangai yang lebih teruk lagi ialah jika anda suka menuduh pasangan tanpa usul periksa. Anda perlukan bukti untuk memastikan apa yang anda sangka itu benar. Ada kalanya seseorang tak bermaksud membuat tuduhan yang melulu tetapi disebabkan kerana dia terlalu emosi, marah dan tak dapat mengawal diri sehingga mencetuskan tuduhan yang tak masuk akal. Jika pasangan menuduh anda yang bukan-bukan jangan sesekali menyambut tuduhan tak waras itu dengan sikap anda yang tak waras juga. Bawa bertenang, kerana dia sedang tidak sihat untuk dibawa berbincang. Elakkan saling bersemuka dalam keadaan di atas paras kepanasan, tunggu sampai sejuk barulah boleh berbincang secara ikhlas.

Mengancam

   Bau mulut boleh diubat dengan menyembur wangi-wangian atau amalkan perbagai petua ubat-ubatan moden dan tradisional tetapi jika bau mulut yang satu ini lebih teruk daripada biasa tentu ia amat merunsingkan anda. Mulut yang berbau longkang kerana suka berbuat jahat kepada pasangan. Contohnya . Mengancam untuk mendapatkan apa yang anda suka daripada pasangan. Contoh yang biasa didengar seperti: ''Jaga-jaga , you keluar rumah I pun nak melepak dengan member-member I. Awas, jangan cuba nak duakan saya, saya boleh malukan awak. Kalu you suruh emak you datang. I tidur kat luar.'' Perangai suka memaksakan kehendak sendiri tanpa musyawarah  menjadi tabiat buruk yang akhirnya mengongkong pasangan anda dengan cara mengancam. Adakalanya ia menjadi lebih teruk jika mengancam menggunakan keganasan fizikal, bukan hanya lelaki yang mampu melakukanya, ramai perempuan yang berperangai macam singa liar kepada suami yang umpama arnab.
   Kejahatan yang besar biasanya dimulakan dengan kejahatan kecil. Jagalah lidah sebelum kejahatan lain mula merasuk perhubungan anda dan pasangan. Jika terlanjur bahasa, ingat-ingatlah diri anda umpama sedang menguyah bangkai yang bernanah. Begitulah dosa mulut akan dibalas di akhirat kelak.
~sakura~