TANGANI MASALAH SEBELUM PERKAHWINAN HILANG MANISNISNYA.


Luka yang kecil boleh menjadi kudis besar jika dibiarkan tanpa ubat yang sesuai.Begitu jugalah dengan perkahwinan.Perselisihan faham tanpa penyelesaian membuatkan segalanya-kucar kacir.Hilang kemanisan perkahwinan yang dirasai sebelum ini.Disebabkan itu,atasi segera permasaalah yang berlaku dengan tip-tip berikut :~

Kesan Perubahan Pasangan

Kesan perubahan di peringkat awal  dengan memerhatikan air muka,gerak laku,percakapan serta tindak balas pasangan anda.sekiranya tidak seperti sebelumnya,nyata ada sesuatu yang bermain di fikiranya di saat itu.Cuba selidik dan barsikap profesional untuk atasi masalah yang berlaku sebaiknya.

Temui punca segera selesaikan

Setelah diselidik,masalah yang berlaku  berpunca dari perkahwinan kalian maka cepat-cepatlah selesaikanya.jangan lekas menunding mengatakan anda sahaja yang betul sebaiknya muhasabahlah diri.Ingat,sepanjang perkahwinan anda juga pernah melakukan kesilapan dan berbincanglah dengan suami untuk segera tanganinya.

Bantu betulkan kesalahan masing-masing

Saling bantu- membantu untuk betulkan kesalahan masing-masing .Percayalah,menyedari diri serba kekurangan adalah kunci terbaik untuk menjernihkan semula kedaan.Berikan motivasi ,sokongan dan galakan pada pasangan untuk berubah ke jalan kebaikan,bukanya leteran yang menjatuhkan.Berpesan-pesan ke jalan kebaikan adalah perkara yang sangat mulia,lebih-lebih lagi dalam rumahtangga.

Dapatkan bantuan dari yang berpengalaman.

Jika timbul masalah dalam perkahwinan ada pasangan yang gemar mendapatkan nasihat dari ''ORANG LUAR'' yang tidak bertauliah.Malah status perkahwinannya juga diragui,mana mungkin dia mampu memberi nasihat kepada anda.Jalan terbaik adalah cuba dapatkan pandangan dari individu yang berpengalaman seperti ibu bapa kalian atau pakar kaunseling.mungkin ia lebih membantu.~