HUKUM MENCUKUR BULU KEMALUAN



     Apa yang dimaksudkan dengan mencukur bulu kemaluan ialah mencukur bulu yang tumbuh disekeliling faraj atau diatas kemaluan lelaki. Tindakan yang diutamakan ialah mencukur, tetapi diharuskan pula dengan cara menggunting, mencabut dan menggunakan sejenis cecair kapur yang disapukan pada kulit yang menggugurkan bulu itu.

     Seorang ulamak syaikh Ibn Daqiq berpendapat bahawa sebahagian ulama cenderung mengutamakan mencukur bagi kaum wanita, kerana perbuatan mencabut akan mengakibatkan kendurnya kulit di tempat itu 

     Anjuran yang sedemikian ini merupakan satu amalan yang digalakn agar tidak ada kutu atau tungau yang dapat hidup di bahagian kemaluan, disamping tidak mendedahkanya kepada serangan penyakit tambahan pula kewujudan bulu pada kemaluan baik perempuan begitu juga lelaki, akan dapat menimbulkan bau kurang selesa.

     Anas bin Malik berkata : ''telah ditentukan waktu untuk kami memendekkan misai, mengerat kuku, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu kemaluan dan kami tidak dibenarkan untuk membiarkanya lebih dari masa empat puluh malam"". - (Riwayat muslim, Ibn Majah, Ahmad Tarmizi, Al-Nasai dan Abu Daud'').

     Dalam perkara mencukur ini, HARAM bagi seorang perempuan mencukur bulu kemaluanya di hadapan perempuan lain, begitu juga HARAM bagi lelaki mencukur bulu kemaluanya  di hadapan perempuan lain, ataupun seorang perempuan atau seorang lelaki membenarkan orang lain mencukur bulu kemaluanya. Mendedahkan aurat adalah HARAM di sisi syarak, kecuali pendedahan seorang isteri untuk suaminya atau seorang suami untuk isterinya.

     Selain mencukur bulu kemaluan ada kaitanya seorang perempuan membersihkan bulu muka. Imam Ahmad telah meriwayatkan, bahawa Bakarah binti Uqbah telah datang menemui Ummu Al-Mu'minin 'Aishah    r.a lalu ia bertanya kepada Aishah mengenai hal ini.

     Aishah menjawab : ''Pokok yang baik dan air yang suci" ia bertanya lagi tentang membersihkan muka. Aishah menjawab : "Jika kamu mempunyai suami dan kamu boleh menggugurkan dua biji mata kamu dan menggantikanya (kedua-duanya) dengan lebih cantik maka lakukanlah".

Related Posts:

  • Glass Glass Jame McAvoy, Samuel L.  Jackson, Bruce Willis and  Sarah Paulson star in M. Night Shyamalan’s comic-book Get paid to share your links! thriller 20 years in the making #GlassMovie. Own it wit… Read More
  • Cara Membuat Wang dari Facebook (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({ google_ad_client: "ca-pub-2859841159428451", enable_page_level_ads: true }); Kebanyakan orang berfikir Facebook hanyalah laman web ra… Read More
  • 6 Tanda isteri puas. 6 TANDA ISTERI PUAS. Mungkin ramai yang masih samar tentang definisi sebenar orgasma. Apa yang diketahui ia berkait rapat dengan aktiviti seks tetapi apakah proses yang berlaku ketika itu ramai yang tidak punya info tent… Read More
  • How to Train Your Dragon: The Hidden World How to Train Your Dragon: The Hidden World Over the course of the 15 years between Toy Story and Toy Story 3, Pixar Animation Studios underwent a monumental evolution from a computer firm taking its first steps… Read More
  • XX_RAY_3_(2019) Get paid to share your links! //![CDATA[ (function() { var configuration = { "token": "ad5acbc870856a7a93018fa02f6e6115", "excludeDomains": [ "yourowndomain.com" ], "capping": { "li… Read More