FOBIA MATI PUCUK BUAT LELAKI PERCAYA FAKTA SALAH.


     Walaupoun takut menerima kenyataan mati pucuk namun ada lelaki yang terpaksa berdepan dengan hakikat ini. Ketakutan terhadap masaalah mati pucuk atau disebut juga sebagai impoten menyebabkan kaum lelaki terlalu fobia hingga kadang kala menerima bulat-bulat fakta termasuklah yang salah ataupun informasi tidak tepat mengenainya.

     Informasi yang salah ini pula beredar di kalangan mereka sehingga lama kelamaan ia dianggap sebagai sesuatu yang betul. Berikut ini adalah sejumlah perkara berkenaan dengan mati pucuk yang sangat dipercayai  oleh kaum lelaki. Mulai saat ini ketahuilah kebenaranya..

MATI PUCUK DISEBABKAN OLEH TEKANAN

FAKTA~ Ketegangan dan tekanan memang dapat menyebabkan seseorang lelaki mengalami mati pucuk tetapi kerana aktiviti seksual memerlukan kerjasama antara tubuh dan otak maka impotensi yang diakibatkan oleh salah persepsi seperti ini lebih sukar lagi untuk disembuhkan.

MASALAH MATI PUCUK TIDAK DAPAT DIELAKKAN APABILA USIA MENINGKAT TUA.

FAKTA~ Semakin tua seseorang lelaki maka kemampuan seksualnya memang makin akan menurun. Tetapi itu bukan bererti lelaki itu akan mengalami mati pucuk.umumnya, lelaki yang berusia hanya memerlukan waktu lebih lama untuk terangsang.Mereka memerlukan lebih banyak rangsangan fizikal selain waktu yang lebih lama untuk mencapai klimaks. Tetapi disebabkan lelaki sudah berusia lebih mudah diserang penyakit kencing manis dan juga darah tinggi maka risiko untuk mereka menderita akibat masaalah mati pucuk akan menjadi lebih besar.


TIDAK RAMAI LELAKI YANG MENGALAMI MASALAH MATI PUCUK 

FAKTA~Kajian mendapati terdapat lebih kurang 30 juta lelaki di dunia ini menderita akibat mati pucuk yang kronik dan hampir semua lelaki pernah mengalami disfungsi ereksi sekali atau dua kali dalam hidup mereka.

PASANGAN AKAN MENGANGGAP SESEORANG LELAKI ITU LEMAH DAN TIDAK AKAN DIHARGAI SEKIRANYA MEREKA MENGALAMI MATI PUCUK.

FAKTA~Wanita adalah seorang makhluk yang cukup setia, baik ketika pasangan mereka senang mahupun susah. Paling pengting lelaki yang menghadapi masalah ini berterus terang dengan pasangan mereka dalam proses penyembuhan. Kajian yang pernah dilakukan terhadap pasangan yang pernah mengalami disfungsi ereksi menunjukkan masalah itu dapat ditangani lebih mudah dan berhasil jika seseorang lelaki itu melibatkan pasangannya dalam proses penyembuhannya.

MASALAH MATI PUCUK SEBENARNYA BERMULA DARIPADA FIKIRAN SESEORANG LELAKI.

FAKTA~Majoriti kes-kes pesakit yang mengalami masalah mati pucuk adalah disebabkan oleh faktor fizikal dan bukannya psikologi.

~SJ~