Pening tiba-tiba petanda kegagalan jantung.

Pening tiba-tiba petanda kegagalan jantung.



     Ketika sedang duduk mengemas barang-barang yang tidak berguna di bawah meja, tiba-tiba anda dipanggil berjumpa dengan ketua anda. Anda bangun secara tiba-tiba, dan tidak semena-mena, anda merasa pening dan pandangan menjadi gelap. Jika anda sering mengalami keadaan sedemikian, berhati-hatilah, ini kerana, anda memiliki risiko yang lebih tinggi untuk mengalami masalah kegagalan jantung.

     Keadaan yang dikenali dengan istilah hipotensi ortostatik ini, biasanya berlaku penurunan tekanan darah secara tiba-tiba. Hasil penemuan didapati, melalui kajian yang dilakukan terhadap 12,000 orang responden di empat wilayah Amerika yang berusia di antara 45-54 tahun.

     Dari hasil penyelidikan yang dilakukan selama 17 tahun ini, didapati hampir 11 peratus orang memiliki gejala hipotensi ortostatik pada awal penyelidikan. Sementara itu, mereka yang tidak memiliki hipotensi ortostatik, hanya empat peratus sahaja yang mengembangkan masalah kegagalan jantung. Hubungan di antara hipotensi ortostatik dan kegagalan jantung dilihat jelas di antara orang yang berusia diantara 45-55 tahun.

     Penyelidik mengakui tidak tahu bagaimana hipotensi ortostatik boleh menyebabkan kegagalan jantung. Namun hasil daripada pembincangan mereka, kesemuanya sepakat mengatakan bahawa hipotensi ortostatik dan tekanan darah tinggi penyebab risiko kegagalan jantung melalui jalur yang sama. "Contohnya seperti ketika hipertensi berlaku ketika orang yang sedang tidur," ujar Dr. Christine DeLong Jones dari university  of North Carolina, Chapel Hill.

~Semarak Jengka~ 

Related Posts:

  • Kama Sutra                                    KAMA SUTRA   Kama sutra (bahasa sarkit: कामसूत्र; काम kāma bermaksud keinginan, hasra… Read More
  • 99 KEMAHUAN WANITA DARI SEGI SEKS.  99 Kemahuan Wanita Dari Segi Seks   Get paid to share your links! 1.Suami patut lebih ceria semasa melakukan seks. 2.Makan malam bersama dan bersuap-suapan makan ke mulut pasangan sebelu… Read More
  • Fake Or Real?? Get paid to share your links! Get paid to share your links! … Read More
  • FORMAT PC/LAPTOP WITH "PENDRIVE USB". SILA SEDIAKAN ALATAN  YANG UTAMA IAITU ; 1) Windows_7 32bit/64bit downlod ISO File.  (DOWNLOD) Jame McAvoy, Samuel L. Jackson, Bruce Willis and Sarah Paulson star in M. Night Shyamalan’s comic-book thrill… Read More
  • REMAJA SEKARANG TERLAMPAU MUDAH. edisi lari lintang-pukang (kantoi) KANTOI. Get paid to share your links!     Remaja sekarang terlampau berani, melakukan aksi panas di tempat awam.. Diminta pihak yang berkenaan memantau lebih ketat,.Dan kerjasama dengan orang kampung… Read More