25 Perkara tentang lelaki harus difahami.

     Kebanyakan lelaki sukar untuk menyatakan perasaan terhadap pasangan. Berbeza pula dengan wanita yang mudah untuk melontarkan rasa hati mereka. Oleh sebab tidak tahu cara untuk meluahkan perasaan cinta yang dimilikinya adalah penting untuk wanita memahami naluri pasangan bagi menangkap maksud yang tersirat di hati suami. Berikut adalah perkara-perkara yang mungkin perlu difahami  oleh kaum hawa :



     1, Ada kalanya lelaki lebih gemar mengamalkan sikap berdiam diri. Jadi, jangan ambil hati bila kata-kata 

dan perbuatan anda tidak dihiraukan.


     2, Lelaki memang suka memandang wanita lain meskipun anda ada di sisi, tetapi itu bukan bermakna 

mereka merancang untuk curang.


     3, Jangan mencela pakaian kegemaran mereka kerana ia lambang personaliti yang sukar diubah.


     4, Lelaki tidak suka keluar membeli sambil bersiar-siar. Jika inginkan sesuatu mereka akan terus 

membelinya.


     5, Mudah berasa puas hati dan bangga dengan pencapaian kaum mereka.


     6, Lelaki tidak suka wanita menangis di hadapan mereka kerana tangisan itu umpama sebuah ugutan.


     7, Kata cinta yang diucapkan bukan bermakna semua hutang anda akan dilunaskan.


     8, Mereka suka melihat anda gembira, tetapi tidak tahu cara menggembirakan hati anda.


     9, Ceritakanlah masalah anda kepada mereka jika mahu menyelesaikanya. Tapi jangan harap mereka   

akan bersimpati seperti yang sahabat wanita anda lakukan.


     10, Lelaki suka bersikap spontan, jadi tolonglah mereka untuk melakukan sesuatu dengan perancangan

yang lebih teliti.

     11, Ingatlah! cara terbaik untuk menambat hati lelaki adalah melalui perutnya.


     12, Jangan cabar mereka untuk bertumbuk dengan lelaki lain untuk diri anda kerana mereka benar-benar 

akan melakukan.


     13, Fahamilah bahawa lelaki bersikap single-minded dan hanya boleh melakukan satu perkara sahaja 

pada suatu masa.


     14, Wanita sering mendambakan kejutan daripada pasangan mereka. Tetapi tahukan anda lelaki juga 

mengimpikan perkara yang sama.


     15, Elak bercerita tentang kekacakan atau kebaikan bekas teman lelaki kepada pasangan kerana itu akan 

membosankan mereka.


     16, Lelaki tidak akan menerima pertolongan sewenang-sewenangnya daripada pasangan hanya kerana 

ingin menjaga maruah diri.


     17, Jika mereka memperkatakan tentang perkara yang mengandungi dua makna dan salah satu 

daripadanya membuatkan anda sedih atau marah. Percayalah mereka sebenarnya tidak bermaksud 

melukakan hati anda.


     18, Lelaki memang khuyuk bila menonton televisyen, jadi jika anda ingin berkata sesuatu kepada mereka. 

Katakan pada waktu iklan. Hanya pada masa itu sahaja mereka akan mendengar percakapan anda.


     19, Paling tidak disukai lelaki ialah mendengar dan menerima arahan. Biar sepenting mana pun anda, 

mereka tetap tidak menyukai.


     20, Usah jadikan pasangan umpama dadu yang boleh dilambung sesuka hati anda kerana mereka 

pantang dibuat sedemikian.


     21, jangan sesekali berkata anda ingin berpisah dengan teman lelaki dan mentertawakan apabila dia 

percaya dengan kata-kata anda. Mereka tidak menyukainya kerana itu bukanlah bahan lawak.


     22, Lelaki suka jika pasangan dapat menyuarakan perasaan atau pemikiranya dengan jelas tanpa perlu 

ayat berbunga-bunga kerana mereka tidak memahaminya.


     23, Tidak semua lelaki mampu mengingati tarikh-tarikh penting seperti ulang tahun perkahwinan, hari lahir 

dan sebagainya. Sekiranya mahu ia diingati, tandakan di kelendar.

     24, Lelaki mudah lupa. Apa yang dikatakan oleh lelaki hanya akan mereka ingati dalam tempoh tujuh hari 

sahaja. Lebih daripada itu lupakan sahaja.


     25, Jika anda tidak bersedia untuk berbincang tentang sukan, ketenteraan dan politik, lebih baik jangan 

bertanya tentang apa yang ada dalam fikiran pasangan anda.


~Sj~