SAMAN UMNO : MUSTAFA ALI FAIL PEMBELAAN.
KUALA LUMPUR 23 MEI ~ Setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali dan dua lagi individu memfailkan
pembelaan dalam kes saman oleh UMNO ekoran kenyataan yang mendakwa UMNO menyebarkan video
lucah sebelum pilihanraya lalu.
Pembelaan di failkan oleh peguam Zulfahmi Sharif yang mewakili Mustafa, peguam Asmuni Awi dan ketua
pengarang Harakahdaily Zulkifli Sulong.
Menurut Zulfahmi, saman UMNO yang dikemukakan Datuk Ab Rauf Yusoh telah diterima beliau dan pengurusan kes akan diadakan di Mahkamah NCVC pada 16 jun ini.
Ketika pembicaraan Zulkifli akan diwakili oleh Tetuan Mumtaz Md Naqi & Co. Manakala mustafa dan Asmuni akan diwakili oleh Tetuan Awi & Co.
UMNO mengemukakan saman fitnah kepada Mustafa, Asmuni dan Zulkifli ekoran mendakwa parti tersebut menyebarkan video lucah mirip setiausaha Agung PAS tersebut yang disiarkan di akhbar Harakahdaily pada 12 dan 13april lalu.
UMNO yang diwakili Ab Rauf mengemukakan saman pada 23 April lalu bagi menuntut gantirugi munasabah terhadap ketiga-tiga defenden
by ~ SJ