Mengapa Perokok Kelihatan Lebih Tua
Merokok bukan hanya menjejaskan kesihatan seperti menyebabkan penyakit paru-paru,jantung dan impotensi tetapi juga menyebabkan si perokok kelihatan lebih tua daripada usia sebenar mereka.mengapa perkara tersebut berlaku?.Tiada satu pun kebaikan yang diperoleh daripada rokok melainkan keburukan semata-mata.hal ini dibuktikan apabila 12 peratus kematian di seluruh dunia dikaitkan dengan rokok.
Salah satu impak negatif rokok ialah menyebabkan perokok kelihatan lebih tua.Menurut sebuah kajian ,perokok memiliki wajah 5 kali lebih tua daripada umur sebenar mereka.Kedutan di wajah merupakan petanda kesan asap rokok.Rokok mempunyai penapis namun ia tidak cukup untuk menghilangkan kandungan tar yang menjadikan asap rokok merbahaya.
Berikut merupakan beberapa bahan kimia tambahan di dalam rokok yang boleh menyebabkan kedutan pada wajah dan menjadikan seseorang kelihatan lebih tua,
1.Ammonia
Ammonia biasanya digunakan untuk membersihkan tingkap dan tandas.Dengan menambahkan ammonia ke dalam rokok maka nikotin dalam bentuk wap akan diserap melalui paru-paru dengan lebih cepat.Akhirnya ,ia akan menyebabkan otak menerima kadar nikotin yang tinggi.
2.Kadmium
Dalam industri,kadmium digunakan untuk bateri,lapisan logam dan plastik.Kadmium boleh membahayakan paru-paru,menyebabkan penyakit buah pinggang dan menyebabkan pencernaan.
3.Benzena
Secara semulajadinya,benzena dihasilkan oleh gunung berapi.Tetapi,benzena juga merupakan bahan kimia industri yang dibuat daripada arang batu dan minyak.Benzena juga digunakan untuk membuat bahan kimia lain serta beberapa jenis plastik,detergen dan racun perosak.Ia juga merupakan komponen petrol.Apabila di campurkan dengan rokok sudah tentu dapat dibayangkan kesan yang akan dihadapi oleh penghisapnya.
4.Formaldehid
Digunakan sebagai pelekat dalam produk kayu dan sebagai pengawet dalam cat.Bahan kimia ini boleh menyebabkan mata berair,mewujudkan rasa panas di mata,hidung dan tekak,mual,batuk,sakit dada,sesak nafas,ruam dan alergi.
5.Nikel
Nama lain bagi nikel ialah perak atau logam putih keras.Bahan kimia ini boleh menyebabkan kesan rokok terhadap jangkitan paru-paru meningkat,bronkitis kronik dan fungsi paru-paru akan merosot.
6.Plumbum
Digunakan dalam peluru,atap,petrol,cat dan produk seramik.Plumbum boleh mempengaruhi hampir setiap organ dan sistem dalam tubuh.Bahagian paling sensitif ialah sistem saraf pusat terutamanya pada kanak-kanak.Plumbum juga boleh merosakan buah pinggang dan sistem kekebalan tubuh.Selain itu,Paparan asap rokok yang bercampur dengan plumbum akan menyebabkan kelahiran pramatang,saiz bayi kecil,kemampuan mental dan pertumbuhan pada kanak-kanak merosot.
Jika bahan kimia tersebut terdapat di dalam tubuh maka ia akan mempengaruhi fungsi organ.Jika organ terganggu ,kesan yang paling mudah dilihat ialah pada kulit kerana peredaran darah terhalang dan tubuh kekurangan cecair.Asap rokok yang mengandungi karbon monoksida dan menggantikan oksigen dalam kulit anda .Manakala nikotin pula akan mengurangkan aliran darah.,menyebabkan kulit kering dan berubah warna.Dengan merokok juga boleh menyingkirkan nutrisi termasuk vitamin C yang sangat diperlukan oleh tubuh badan untuk melindungi dan memperbaiki kerosakan kulit.Nikotin juga boleh menyebabkan penyempitan pembuluh darah dan menghadkan aliran darah yang kaya dengan oksigen ke pembuluh darah.
~SJ~